PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Definisi

  • Inovasi (asal bahasa Latin) – pembaharuan 
  • Inovasi sebagai pembangunan teknologi baru atau aplikasi sesuatu teknologi dalam kegunaan tertentu. 
  • Kebolehan untuk mencipta kemahiran di dalam menyelesaikan sesuatu masalah, peluang untuk meningkatkan dan memperkayakan taraf hidup masyarakat.
  • Harvard’s Theodore Levitt – innovation is doing new things. Penciptaan cara-cara baru untuk menyampaikan nilai kepada pengguna.
  • Penghasilan produk atau kaedah yg baru ke arah keberkesanan pelaksanaan kurikulum.
  • Keadaan di mana individu atau kelompok manusia atau sesebuah organisasi memahami, mengetahui, mampu mengaplikasi daya kreativiti dalam usaha untuk:
                  i.    Membuat keputusan
                  ii.   Selesaikan masalah
                  iii.  Terbit idea
                  iv.  Hasilkan inovasi (produk, proses, sistem)

Inovasi Dalam Pendidikan

  • Aktiviti yg melibatkan pembaharuan, perubahan yg positif dalam pelaksanaan kurikulum, aktiviti kurikulum yang berkaitan dengan kurikulum di peringkat sekolah. 
  • Hasil cetusan idea yang kreatif dalam aspek kerja untuk meningkatkan kualiti P&P dan produktiviti organisasi sekolah. 
  • Pelaksaan kurikulum – usaha melaksanakan kurikulum melalui bahan-bahan kurikulum, teknologi pendidikan, kaedah P&P serta penilaian pembelajaran. 
  • Pembaharuan – melalui cara, kaedah. Teknik P&P; pendekatan baru yang meningkatkan pembelajaran. 
  • Ambil kira kesesuaian kos, masa, tenaga dan penggunaannya. 
  • Meningkatkan kecekapan P&P; keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan serta memberi  faedah kepada murid.

 
  • Guru perlu tahu kebolehan, latar belakang, pengalaman dan keluarga murid – dapat kenal pasti keperluan P&P; masalah murid.
Tujuan Inovasi 

  • Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai terasnya. 
  • Melahirkan sebuah citra masyarakat kreatif (creative society), dan negara kreatif (creative country). 
  Keperluan Inovasi Guru

  1.     Pengajaran lebih menarik 
  2.   . Melahirkan kejayaan dalam aspek kurikulum 
  3.     Mengembangkan potensi pelajar
  4.     Mengukuhkan penyampaian nilai

    CIRI-CIRI GURU BERINOVASI

  •      Berkualiti menempuh era globalisasi yang diwarnai oleh ekonomi berteraskan ilmu dan inovasi

  •      Mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana, menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

  •      Fleksibel dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

  •      Sentiasa berfikir di luar kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan baru yang lebih berkesan. 
           ·  Sentiasa memastikan murid berupaya menggunakan ilmu yang diajarkan di dalam 
              bilik darjah bukan semata-mata untuk berjaya dalam peperiksaan malah 
              membolehkan mereka menyelesaikan masalah yang dihadapi di dunia nyata.
  •      Mampu menyediakan persekitaran pembelajaran paling kondusif dan memberi ruang seluas-luasnya kepada murid untuk mengasah kebijaksanaan berfikir.

  •      Menilai pencapaian dan potensi murid secara holistik serta sentiasa mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kecemerlangan murid supaya dapat bersaing di dunia yang semakin mencabar.

  •       Sentiasa memikirkan cabaran yang bakal dihadapi oleh murid setelah mereka melangkah keluar dari lingkungan sekolah, apakah ilmu yang dipelajari di sekolah mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk bersaing di dunia nyata.
Strategi Pengurusan Inovasi Dan Perubahan 

• Pendidikan adalah satu sistem dinamik yang akan melalui perubahan dari semasa ke semasa bagi 
   memenuhi keperluan dan aspirasi sesebuah negara. 
• Perubahan yang berlaku antaranya adalah untuk menyediakan modal insan yang sejajar dengan 
   perkembangan dunia semasa dalam memastikan sesebuah negara tidak akan ketinggalan dalam 
   aspek perkembangan dan pembangunan peringkat global. 
• Dalam sistem pendidikan di Malaysia, kita telah sedia maklum bahawa perubahan-perubahan yang 
   berlaku memerlukan komitmen daripada semua pihak. 
• Sehubungan dengan itu, pelbagai strategi perlu disusun dan diatur dalam melaksanakan perubahan.

Kepentingan Inovasi Dan Perubahan Pendidikan 

• Menghasilkan produk atau perkhidmatan baru bagi para pengguna dengan teknologi sebagai 
   terasnya. 
• Menginstitusikan idea baru yang lebih mantap dan berkesan khusus untuk perkembangan dan 
   pembangunan pendidikan. 
• Memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan kerana melaluinya 
   pelbagai isu dan permasalahan dapat dicungkil seterusnya tindakan penambahbaikan dapat 
   dilaksanakan. 
• Melahirkan citra masyarakat dan negara yang kreatif.

Antara Strategi Perubahan : 

• Strategi Kekuasaan 
• Strategi Pujukan 
• Strategi Pendidikan Semula 
• Stategi Memudah Cara

Strategi Kekuasaan 

• Pihak atasan atau berkuasa menggunakan autoriti formal dan kawalan untuk memaksa 
   kumpulannya berubah seperti yang dirancang. 
• Agen perubahan boleh menggunakan sama ada suatu ganjaran pada perubahan yang positif atau 
   hukuman dan pengukuhan negatif demi mencapai persetujuan terhadap rancangan perubahan. 
• Contoh  ; Mengenakan sistem kad perakam waktu. 

Strategi Pujukan 

• Memerlukan kemahiran interpersonal mantap yang perlu ada pada seseorang ketua atau agen 
   perubahan. 
• Memerlukan logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan kumpulan sasaran tentang kepentingan dan 
   kebaikan perubahan yang dibawa dan yang perlu dilaksanakan. 
• Agen perubahan perlu memiliki ilmu dan mahir dalam perubahan yang hendak disampaikan serta 
   kelebihan dalam mempengaruhi kumpulan sasaran sehingga perubahan yang dirancang dapat 
   diterima oleh fikiran waras. 
• Contoh: Membudayakan penggunaan TMK dalam kalangan guru dan murid. 

Strategi Pendidikan Semula 

• Strategi penggunaan maklumat baharu yang telah disediakan oleh agen perubahan dan 
   menyerahkan maklumat tersebut untuk menentukan rancangan mereka sendiri. 
• Agen perubahan akan mendorong kumpulan untuk memikirkan semula serta melakukan refleksi 
   merenung tindakan-tindakan yang telah diambil, sejauh mana tindakan tersebut menemukan 
   kejayaan dan mengenal pasti kekurangan yang ada. 
• Contoh : Guru-guru perlu memiliki keupayaan dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran 
   yang mampu melahirkan generasi yang kreatif dan inovatif. 

Stategi Memudah Cara 

• Kumpulan sasaran menentukan rancangan yang dipilih oleh mereka dan agen perubahan akan 
   menghantar sumber-sumber yang diperlukan kepada kumpulan sasaran : barangan dan 
   perkhidmatan teknikal. 
• Tindakan ini untuk memastikan bahawa tiada sebarang halangan kepada kumpulan sasaran untuk 
   meneruskan perubahan yang dirancang. 
• Contohnya : Guru di kelas Pendidikan Khas Masalah Penglihatan memilih untuk melaksanakan 
   aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer untuk kemahiran mengarang, maka 
   pihak sekolah hendaklah berusaha mendapatkan kemudahan tersebut. 


1 comment: